Tuesday, August 31, 2010

Kebosanan


Pabila kebosanan melampaui batas-batas pemikiran maka wujudlah kesengalan di dalam diri mereka yang bergelar insani.


Dan pabila kebosanan jua menguasai diri maka pemikiran jua menjadi porak peranda.


Pabila tekanan mula menguasai, maka mental mula meronta-ronta.


Justeru tergambarlah kesengalan di setiap perbuatan dan terzahirlah kemerengan dalam setiap tutur bicara.


Kemerengan jua membuat diri tidak menentu dan mulalah merepek tak tentu hala.


Kehidupan mula celaru dan perasaan sukar tuk dimengerti.


Apakah ini kerana kesengalan mula menjelma? Atau mungkinkah memang telah wujud kesengalan itu? Fikiran mula menyepi tuk memikirkannya.


Lantas apa yang perlu di ungkapkan lagi?


Kerna hadirnya tak di jemput dan perginya tak di halang.


Itulah KEBOSANAN ia sukar di ungkapkan dengan kata-kata tetapi bisa di gambarkan melalui lukisan kehidupan.


Inilah yang berlaku apabila KEBOSANAN merajai pemikiran dan diri insan!



Hakcipta terpelihara chiks_68 &diahsweetchild

Wednesday, August 18, 2010

Ape dah jdi????

Ape dah jdi????

Nape bru skg????

Arghhh…

Jiwa kacau…fikiran kosong…buntu…celaru…sedih...baran…penat n mcm2 lg yg seangkatan dgnnya

Sesungghny bru aku tahu yg aku tak kuat utk mghadapiny…

Semngat ilang entah ke mana…

X sggp aseny nk mnggung

Hurm…I really hate this!!!


Awk sy prlukn sokongan dr awk skg ni

Hanya Awk n my family sumber kekuatan sy skg

Just wanna to say what is inside or deep in my heart that I love u so much n I mish u a lot

I’m afraid to lose u from my life

Feel so sorry this happen

Saturday, August 14, 2010

KENANGAN

hari ini kita meniti hari bersama

penuh kegembiraan

tp,

mungkin esok atau lusa semua itu akan hilang dan pergi meninggalkan kita

dan yang tinggal kini hanyalah kenangan tentang hari semalam

kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk di redah

tetapi ia terlalu manis untuk di kenang

hidup tak selalu indah

tapi yang indah itu

tetap hidup dalam kenangan

jangan di buang kenangan itu

kerana ia pengubat rindu

jangan di campak memori itu

kerana ia pemaut kasih

kerana yang terpisah cantumannya hanyalah

KENANGAN

Tuesday, August 10, 2010

RAMADAN AL MUBARAK

“Puasa menahan hasrat atas harta agar tidak senantiasa memikirkannya, merasa cukup atas pemberian-Nya dan mensyukuri semua nikmatnya.

Merasa cukup bukan bererti manusia tak berharta.

Boleh sahaja untuk memiliki pulau harta, namun fikirannya tak disibukkan harta benda kerana harta hanya bersemayam di tangannya dan tak pernah sanggup menaklukkan hatinya.

Puasa melatih diri bebas dari ikatan harta agar jiwa manusia bebas dari penjajahan dunia.

Barangsiapa mempertuhan harta, dia akan menjadi budak dunia.

Barangsiapa mengabdi pada Allah, dunia akan merangkak menjadi budaknya.

Sebentar lagi taman puasa akan datang dihiasi bunga-bunga kebajikan, dilindungi hamparan rumput sedekah, disejukkan kolam ringan tangan pada sesama.

Siangnya dihangatkan indahnya matahari menahan nafsu.

Malam harinya diterangi rembulan solat malam.

Bukankah hidup terasa begitu indah di raja segala bulan?”

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADAN