Saturday, October 15, 2011


Luahan hati seorang perindu


Diwaktu hening malam yang suram saat mata-mata terpejam lena di ulit mimpi tapi aku terus di himpit keRINDUan…puas sudah untuk ku cuba memujuk mata ini untuk lena…tapi sia-sia…sungguh aku terlalu meRINDUi dia…tertanya-tanya adakah bahagia dia di sana…sihatkah dia? Ingin ku bertanya khabar tapi lidah ku kelu…inginku taipkan ungkapan RINDU tapi jari jemari ku kaku…argh sampai bila ku harus begini…setiap detik dan setiap masa hanya terbayang akan dia…segala memori bersamanya terbayang-bayang dimata seolah-olah dia ada disisi…aku RINDU tutur sapanya…aku RINDU untuk mendengar bebelan suaranya yang manja…aku RINDU untuk melihat redup wajahnya yang selalu membuatkan aku berasa tenang…mengapa disaat aku ingin melupakan ia terus segar dalam ingatan…mengapa disaat ku ingin membuang ia jauh tetapi ia terus menghantui diriku…pada angin inginku kirimkan salam RINDU semoga kau tahu bahawa aku benar-benar meRINDUimu


I MISS U DAMN MUCH...ALWAYS MISS U



chiks
Sabtu, 15/10/2011
Kluang, Johor D.T.

Wednesday, June 1, 2011

(",)


Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI dari mana kita belajar menjadi IKHLAS

Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD dari mana kita belajar untuk BERSABAR

Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN bagaimana kita dapat belajar untuk BERIKHTIAR

Jika hidup kita selalu BAHAGIA bagaimana kita dapat mengenali Allah dengan lebih DEKAT

YAKINLAH dan PERCAYALAH segala ketentuanNya adalah yang TERBAIK untuk kita

~Amin~



chiks
01/06/2011-Rabu
Kluang, Johor D.T.

Friday, May 27, 2011

Mimpi


Setiap manusia pasti melalui mimpi...tidak kiralah sama ada mimpi yang baik ataupun buruk…mimpi juga dikatakan sebagai mainan tidur…menurut orang-orang dahulukala setiap mimpi memberikan petunjuk atau alamat yang tertentu…sebenarnya aku tak berapa nak percaya benda-benda ini…hahahaha…tapi mungkin ada sebab orang-orang tua dahulukala perfikiran sebegitu kerana setiap kejadian yang berlaku ada sebab yang tersendiri…cuma kadang-kadang kita perasan atau tidak…ok la berbalik kepada cerita di atas sebenarnya semalam aku mimpi jumpa ular...bukan satu atau dua tapi banyak…gerun gak la bila tengok ular-ular yang banyak...geli pun ada…huhuhu

Menurut orang-orang tua jika kita bermimpi jumpa ular atau itu tandanya jodah kita dah semakin hampir…apa benar???

MIMPI = ULAR = KAHWIN

ouh men i don't believe it…hahahaha…untuk mengelakkan kegusaran dalam hati aku pun terus menggoogle pasal makna tafsiran mimpi…daripada hasil yang aku dapati adalah seperti berikut:
1.      Jika anda seorang jejakan atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh.
2.      Bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup.
3.      Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda.
4.      Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda.
5.      Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur.
6.      Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

Wah biar betul!!! Maknanya salahlah tafsiran aku…hahahaha

Walaupun berbagai jawapan yang diberikan aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada asbabnya…sama juga seperti mimpi kerana kadangkala ia juga sebagai satu peringatan supaya kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan apa yang kita lakukan setiap hari…antara sedar atau tidak mimpi juga sebenarnya boleh menjadi petunjuk serta jalan penyelesaian terhadap kehidupan seharian kita…Sesungguhnya yang baik itu semuanya datang dari ALLAH S.W.T. dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri…Sekian, wassalam.



chiks
27/05/2011-Kluang
Johor D.T.

Tuesday, May 24, 2011

~ Ada Masa ~


Ada MAsa Kita Perlu Menangis agar Kita Tahu Dunia Ini Bukan Hanya Untuk KEtawa...

Ada Masa Kita Perlu ketawa Agar Kita Tahu BEtapa Bernilainya Setitis Airmata...

Ada Masa Kita Perlu Ada Seorang Teman Agar KIta Tidak Kesunyian...

Dan 

Ada Masa Kesunyian MeMbuat Kita TIdak Akan Lupa Betapa Bernilainya SEORANG TEMAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR SEBAGAI TEMAN DALAM HIDUP SAYA...WALAUPUN SAYA BUKAN TEMAN YANG TERBAIK...TETAPI SAYA AKAN CUBA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK...SEKALI BERKAWAN SELAMANYA TETAP BERKAWAN

Friday, April 15, 2011


Hanya Kau Yang Aku Sayangi


Mengapa hanya sepi yang terus berbicara saat kita bersama

Mengapa tiada kata yang terungkap saat kita bertemu

Mengapa hanya sunyi  yang menemani tiap saat pertemuan

Mengapa sentiasa wujud api cemburu tika terdengar perbualan

Mengapa mudah terasa hati dengan setiap ungkapan perkataan

Mengapa senang untuk merasa bersalah atas setiap perlakuan atau perbuatan

Mengapa juga harus lahir rasa terkilan dengan setiap butir kata ungkapan

Mengapa jasad ini di rasakan seolah-olah tidak wujud

Adakah telah merasa bosan terhadap kehadiran diri ini

Adakah sudah tiada sinar lagi dalam persahabatan ini

Jika itulah pengakhirannya dan jika itu jualah penyelesaiannya akan ku undurkan diri ini

Andai itu yang akan memberikan kebahagiaan ku rela pergi untuk selamanya

Segala kenangan manis bersamamu akan ku abadikan mekar di dalam ingatan hingga ke akhir hayat

Kerna hanya kau yang aku sayangi dan akan terus menyayangimu selamanya selagi nyawa di kandung badan

Sunday, March 27, 2011

I’m begging u

Kenapa aku emo sgt mlm nie…aku pn xtaw…sepatutnya aku xleh mrh dye…dye cme brgurau jek…knape aku terlalu amik serius…terlajak perahu bisa di undur, terlajak kata sendiri merana…padan ngn muka ko len kali nk ckp pikir r dulu…ni x ikt sedap mulut jek…ikut sgt perasaan…awk sorry sgt2...tah r aku pn x taw nape aku mlm nie…serabut sgt kot…tah mcm2 dlm kpala otak aku ni…wahai en.mslh leh x pegi men jauh2…I’m begging u…



chiks
27/03/2011-Ahad
Sintok, Kedah D.A.

Monday, March 21, 2011

! ! ! tempatku bukan di sini ! ! !


Mungkin ini bukan tempat aku…x sepatutnya aku terus untuk berada di sini…kenapa aku masih mahu terus menunggu??? Ya sampai masanya nanti akan ku pergi jua…pergi dan mungkin tidak akan kembali lagi…karena hadir ku di sini tidak membawa apa-apa makna sebenarnya…hanyalah seperti daun kering yang di tiup angin…tidak tahu mana arah tujuan...sedarlah wahai insan kamu memang tidak diperlukan di sini…



Chiks
21/03/2011-Isnin
Sintok,Kedah D.A.

Sunday, March 20, 2011

Bahagia


Apa yang di namakan kebahagiaan??

Setiap orang ingin selalu berasa bahagia…begitu juga aku…ya mungkin aku bahagia sekarang…bahagia dengan apa yang aku miliki sekarang…bahagia dengan perjalanan hidup yang aku pilih sekarang…tetapi sejauh manakah kebahagiaan itu akan berkekalan…apa jaminannya…

Tah kadangkala sukar untuk meramal kehidupan kita… oleh itu hargailah setiap apa yang kita telah miliki kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kelak…jadi sebagai insan kita hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya kerana suratan kehidupan kita telah tertulis sejak azali lagi…walaupun kebahagiaan itu mungkin tidak akan bertahan lama…namun hargailah apa yang kita miliki kerana menyesal kemudian tidak berguna lagi…setiap pertemuan akan berakhir dengan sebuah perpisahan…tetapi biarlah perpisahan tersebut berakhir dengan kenangan yang terindah…yang dapat dikenang sehingga ke akhir hayat…

Awak thank a lot kerana sudi menjadi salah satu kebahagiaan hidup saya...i will never forget u as long as i live...u will always be my gfbff forever n ever...





p/s: WTF - Wa Tak Faham...WTH - Wa Tak Heran...OMG - Oh Menarik Gila...OMFG - Oh Memang Fantastic Gila (cm bes jek kn...hahahaha)



chiks
20/03/2011-Ahad
Sintok, Kedah D.A.

Wednesday, March 16, 2011

Kosong !!!



Ye aku dalam kekosongan sekarang…dan akan terus ditemani kekosongan itu…even punya sahabat-sahabat di sekeliling pun im still lost…mana pergi aku yang dulu…tidak tahu apa arah tuju sebenar diri ini…adakah kerana usia aku yang semakin bertambah menjadikan aku semakin hilang arah tuju…ataukah aku sememangnya sudah tidak waras…adakah kerna sering berbicara dengan kata hati…berbicara dengan suara yg tidak pernah aku mengerti dari mana kewujudannya yang senantiasa menemaniku di kala aku kesorangan adalah puncanya…arghhhhh…persetankan semuanya…biarlah aku dengan hidupku








chiks
16/03/2011-Rabu
Sintok, Kedah D.A.