Tuesday, August 31, 2010

Kebosanan


Pabila kebosanan melampaui batas-batas pemikiran maka wujudlah kesengalan di dalam diri mereka yang bergelar insani.


Dan pabila kebosanan jua menguasai diri maka pemikiran jua menjadi porak peranda.


Pabila tekanan mula menguasai, maka mental mula meronta-ronta.


Justeru tergambarlah kesengalan di setiap perbuatan dan terzahirlah kemerengan dalam setiap tutur bicara.


Kemerengan jua membuat diri tidak menentu dan mulalah merepek tak tentu hala.


Kehidupan mula celaru dan perasaan sukar tuk dimengerti.


Apakah ini kerana kesengalan mula menjelma? Atau mungkinkah memang telah wujud kesengalan itu? Fikiran mula menyepi tuk memikirkannya.


Lantas apa yang perlu di ungkapkan lagi?


Kerna hadirnya tak di jemput dan perginya tak di halang.


Itulah KEBOSANAN ia sukar di ungkapkan dengan kata-kata tetapi bisa di gambarkan melalui lukisan kehidupan.


Inilah yang berlaku apabila KEBOSANAN merajai pemikiran dan diri insan!



Hakcipta terpelihara chiks_68 &diahsweetchild

No comments: