Monday, February 28, 2011

Suratan Hidup Insan

sebenarnya x tahu nak tulis pe malam ni...tapi aku try gak untuk menulis

okey hari ini 28/02/2011 sekitar jam 7 pagi satu kejadian yg agak menyayat hati telah berlaku di jalan menuju ke UUM (simpang ke EDC) iaitu kemalangan yag melibatkan 3 nyawa kembali kepada yang Maha Esa...walaupun mereka non muslim tapi terdetik jua perasaan sedih, kasihan dan sayu di hati ini...sesungguhnya apabila sudah tiba ajal seseorang itu x kiralah siapa pun mereka pasti tiada yang bisa menghalang ia daripada berlaku...tersentap juga r aku apabila mendgr berita tersebut daripada seorang staf pusat sukan pg tadi...mengucap panjang aku...syukur pada Ilahi krn masih memberi peluang kepada hambaNya yg kerdil ini untuk terus bernafas di atas bumiNya yg indah dan permai ini...

walaupun ini sudah suratan kehidupan tapi kita sebagai hambaNya harus sedar dan tidak harus leka dengan duniawi semata-mata...seharusnya dalam setiap saat yang Allah berikan haruslah di selitkan jua dengan makanan rohani supaya apabila kita di panggil untuk bertemuNya nanti kita sudah bersedia...ini adalah peringatan kepada saya dan juga sahabat-sahabat saya di luar sana...sesungguhnya kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita...setiap saat yang berlalu bermakna semakin bertambah umur kita dan juga semakin hampir kita dengan kematian...diharapkan kita semua akan lebih bersedia menanti saat itu tiba...janganlah nanti kita sudah terhantuk baru nak mengadah...kerana penyesalan di kemudian hari mungkin tidak bermakna lagi...




chiks
28/02/2011-Isnin
Sintok, Kedah D.A.

Sunday, February 20, 2011

Birthday Wishes


20 Februari 2011 = 23rd Birthday

hepi birthday 2 u,
hepi birthday 2 u,
hepi birthday 2 u Angah,
hepi birthday 2 u,

aku doakan semoga panjang umo, d limpahkan rezeki yang melimpah ruah so boleh r support aku nti...haha n semoga success dalam kerjaya ko

nk bg ko kek tp ko keje jauh sgt so aku post kek tu kt cni jela ea...hehehe




chiks
20/02/2011-Ahad
Sintok, Kedah D.A.

Monday, February 14, 2011

~ Aku hanya 'SERANGGA' ~


Mengapa aku tak dapat melupakanmu


Antara perjalanan suci menangkap waktu


Bukannya aku tewas dalam perjuangan

Membelai impian

Sebentar tadi aku lihat sinar matamu

Meronai garis-garis kesetiaan semakin kelam dan amat panjang

Bagaimana aku hendak melupakanmu dalam keheningan pagi sering bertemu

Untuk esok biarlah ia berlalu lantas membuang mata fikirku

Dalam kenangan begitu payah melupakanmu

Mungkin untuk selama-lamanya

Jadilah aku pengingat yang setia setelah aku tahu

Aku hanya SERANGGA di taman belantara




chiks
14/02/2011-Isnin
Kluang, Johor D.T.

Friday, February 4, 2011

...d('',)b

 
sungguh aku terlalu gembira saat pertemuanku dengannya
 
sudah sekian lama baru kini aku berkesempatan
 
tidak dapat digambarkan perasaanku tika saat itu
 
ahhh sungguh bahagia
 
hilang segala prasangkaku selama ini
 
sunguh aku tidak menyangka
 
aku masih diberi kesempatan sebegini
 
syukur ya Allah
 
walaupun detik putaran masa itu bergerak terlalu pantas seakan-akan mencemburui
 
tapi ia sudah cukup bermakna buat diri ini
 
semoga kita akan bersua lagi disuatu hari nanti
 
InsyaAllah
 
ku doakan agar dirimu sentiasa dalam redha Ilahi serta semoga berbahagia disamping keluarga tercinta




chiks
04/02/2011-Jumaat
Petaling Jaya, Selangor D.E.