Situasi
“kau skrgkn dh ade Life
Baru…lepas ni dh bizilh dgn aktiviti kau…sape yg nk teman aku lps nie…”
Penyataan yang maybe
menyakitkan…terutama the word of ‘Life Baru’ tu sebenarnya bukan baru sangat
pun…hidup aku memang dari sekolah sampailah aku masuk U and sekarang ni pun
aktiviti tu tetap perkara paling utama dalam hidup aku…dah kira macam darah
daging aku la…family aku pun dah masak sangat dengan minat aku tu…sampai leh
kata this is my Life…tapi bila tiba-tiba kau ungkap perkataan tu seolah-olah aku ni macam dah rampas sesuatu
dari hidup ko…macam dah tak de masa sangat untuk ko…tapi ko kena ingat BENDA tu
yang wujud dulu dalam Life aku…ko wujud pun baru sangat dalam Life aku dan ko
dah nak pertikaikan segala aktiviti aku…bukan aku buat perkara yang boleh menjahanamkan
hidup aku pun…aku cuma nak bersukan jek…salah ke??? Sape yang tak marah…maybe
ko dah lupe kot yang selama ni masa aku habis dengan ko jek…so lepas ni kalo
kita dah tak serapat dulu jangan ko salahkan aku…terlajak perahu bisa
diundur…terlajak kata ???
Kita hidup kat atas dunia ni
kadangkala menyenangkan dan kadangkala menyusahkan orang sekeliling kita…tapi
bagi aku yang paling penting adalah redha dari Allah s.w.t…tanpa redha dari Nya
hidup kita tak akan tenang…tapi kehidupan sekarang lumrah bila orang sekeliling
sibuk menjaga ataupun dalam erti kata lain menyibuk dalam urusan orang
lain…sedangkan urusan diri sendiri terbengkalai…kadangkala sahabat yang kita
rasakan teman sejati pun masih tidak dapat menerima cara kita…adat hidup
manusia yang inginkan orang lain untuk sentiasa berasa di samping dan harus
mengikut setiap telunjuknya…kadangkala sampai terabai kehendak diri sendiri
kerana terlalu ‘taksub’ dengan orang yang disayangi kononnya…kita boleh
mengikut setiap kehendak orang tetapi tanya pada diri kita adakah orang sanggup
mengikut setiap kehendak kita pula??? So tepuk dada tanya Iman…
chiks
23/7/2012-Isnin
Kluang, Johor D.T.