Thursday, December 30, 2010

Sepi

...Tika sang mentari sibuk menyinari alam semesta…Tika sang bulan asyik menayangkan cahayanya di waktu malam…Tika sang bintang leka mengerdipkan cahayanya tanpa rasa penat…Tika sang unggas terus menggungas…Tika sang burung kecoh berkicauan…Tika sang anak kecil hiba dalam sedu sedan tangisan…Tika sang anak remaja berhiruk pikuk dalam tawa riang mereka…Tika sang dewasa pula asyik dalam bercanda bercinta…Tika sang tua yang terus meniti sisa-sisa kehidupan…

...Tapi yang pastinya aku pula terus dihambat sepi…sepi…sepi yang mencengkam saban waktu membawaku kelembah berduri…

...Entah bila sepi itu hadir aku tidak pasti…tapi sepi itu terus menyelusuri perjalanan hidupku kini…kebahagiaan yang baruku kecapi hilang dalam sekelip mata…mungkin ia tersesat di tengah-tengah kenangan silamku atau mungkinkah ia tercicir di dalam memori yang pernahku ciptakan suatu masa dulu…atau pun mungkinkah ia sudah terbang bersama angin yang berlalu…

...Argh…kini hanya kepahitan dan kepedihan yang kurasakan…sesungguhnya tiada lagi kemanisan atau keceriaan dalam perjalanan penghidupanku kini…

...Yang tinggal hanyalah sepi yang tiada segan silu memburu perjalanan hidup seharianku…dan kini hanyalah sepi yang menemaniku saban hari, saban waktu dan saban ketika…






chiks
30/12/2010-khamis
Kluang, Johor D.T.


Wednesday, December 22, 2010

New

“try to be the new one…maybe its better”

Buat apa nak dikenang perkara yang lepas…biarkanlah ia berlalu  bersama angin semalam…memanglah pedih untuk dikenangkan.

Kadangkala pengharapan boleh melahirkan kekecewaan…buat apa ditunggu pada perkara yang tak pasti…buat apa dikenang pada perkara yang telah berlalu pergi.

Kalau sesuatu sudah ditakdirkan untuk kita…walaupun kita dah tinggalkan atau tak mempedulikan ia sekalipun dalam suatu jangka masa yang lama…ia tetap akan menjadi milik kita walau apa pun yang terjadi…tapi kalau sesuatu itu dah memang bukan untuk kita…walau kita jaga dan kejar macamana pun ia akan pergi jua dari kita.

Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku…jadi kita hendaklah akur dengan apa yang telah ditetapkan  oleh yang Maha Esa.

Mungkin pengalaman hari ini akan mengajar kita untuk mencari sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan…supaya kekecewaan pada hari ini tidak akan berulang kembali.





Chiks
22/12/2010-rabu
Kluang,Johor D.T.

Saturday, December 18, 2010

Aku dh bosan


kdg2 pelik gk manusia nie..ble x jmpe sbuk r ckp rindu..tp ble dh trpacak dpn mata bt dek jek..seolah2 kte ni x wujud pn..pelik sungguh..entah r mls nk pk..pasni dh xnk r rapat2 ngn sesapa pn..cukup r 3x..asyk bt bnd bodoh jek..baek idup sorg dr brteman..mula2 knl jek cbuk ckp syg r rindu r..pastu ble dh lme dh mle jemu..lantak ko r c2..ade ke dye kisah pasal ko..kdg msg pn x bls..lgkn pulak ble call haram x angkt..kte jek sbuk ingt kt dye..tp dye ade ingt kt kte?? hmmm doakan jela smg dye bahagia dgn idup dye skg nie.


chiks
18/12/2010-sabtu
Kluang, Johor D.T.

Thursday, December 16, 2010

Mengapa


Mengapa meski wujud sebuah perkenalan.


Mengapa jua mesti di terbitkan memori itu.


Mengapa ia mesti hadir saban waktu.


Pergilah dikau.


Pergi jauh dari ku.


Dikau tidak ku perlukan lagi dan tiada lagi ruang untukmu di sini.


Lebih baik hidup di dalam sepi daripada sakit menanggung memori yang tiada berpenghujung.




chiks
16/12/2010-khamis
Kluang, Johor D.T.

Wednesday, December 15, 2010

Kadangkala


Adakalanya dalam kehidupan ini manusia selalu terkeliru dengan situasi yang mereka sering alami.

Kadangkala kasih dan sayang yang hadir antara dua pertemuan menyebabkan perhubungan boleh menjadi terlalu erat.

Mudah untuk memberikan pengharapan kepada mereka yang dikasihi...tetapi sukar pula untuk mengekalkannya.

Benarlah seperti ungkapan “perkenalan yang tiba-tiba boleh juga menjadi perpisahan secara tiba-tiba”.

Jadi apa lagi yang boleh kita lakukan...orang dah x suka kita takkan lah kita nak terhegeh-hegehkn. 

Pernah seorang sahabat memberitahu sekiranya jika kita asyik sibuk bertanyakan khabar seseorang tetapi tidak dibalas...mengapa kita harus terus menerus berbuat demikian...entah-entah orang tu pun dah tak ingat kat kita...kenapa kita mesti nak ingat kat orang yang dah tak ingat pada kita.

Benar seperti apa yang dikatakan...tetapi sebagai insan yang lemah...mana mungkin kita boleh melupakan seseorang yang kita pernah sayangi dan kasihi.

Bagaimana perlu berhadapan dengan kehidupan seharian jika semuanya terselit sejuta kenangan bersamanya.

Bagaimana lagi kehidupan hendak diteruskan jika kenangan bersamanya terus mekar di ingatan setiap masa.

Bagaimana hidup ini hendak diteruskan.

Bagaimana..bagaimana dan bagaimana..arghh buntu...terlalu buntu untuk difikirkan. 





chiks
15/12/2010-rabu
Kluang, Johor D.T.

Tuesday, December 7, 2010

Happy 25th Anniversary

7 disember 2010 =1 Muharam 1432h = 25th anniversary

to my dad n my mom hepi anniversary 25....i'm proud to be a part of your life
semoga terus berkekalan hingga ke akhir hayat...

this song is dedicate to both of you


Thursday, December 2, 2010

Tapi bukan aku

tgh lepaking tdi trdgr r satu lagu ni "Kerispatih - Tapi Bukan Aku"....teringat plak kt sorg member aku mse blajo kt u dlu...die mmg ske sgt nyanyi lagu ni....lg2 time kteorg g karok...tah r mebi ade kenangan kot lagu tu kt die....pape pn jom kte layan dlu lagu nie....