Tuesday, August 7, 2012

KEMBALI KEPADA PENCIPTA

Pagi tadi aku di kejutkan dengan berita kematian rakan sekerja…kematian berpunca dari kemalangan jalan raya yang agak tragis sekitar awal pagi tadi…jenazah telah selamat dikebumikan dan hanya doa yang mengiringi permergian beliau menghadap Ilahi…berakhirlah sudah tanggungjawab beliau dia atas bumi tuhan ini…Al-Fatihah untuk arwah…semoga tenang di sana…Amin

Begitulah lumrah kehidupan di dunia…setiap yang bernyawa pasti MATI…kematian itu pasti cuma waktu yang akan menentukan bila ia akan berlaku…apabila tiba ajal seseorang tiada siapa yang tidak dapat mengatakan tidak pada takdir tuhan…susah atau senang terpaksa kita tempuhi bila tiba saatnya…namun yang pergi tetap pergi yang tinggal harus meneruskan…bersyukurlah kita masih diberi peluang, di beri ruang waktu untuk terus bernafas di bumi tuhan ini…gunakanlah nikmat dan kurnia Allah sebaik yang mungkin agar kita tidak menyesal  bila tiba saat itu…


“Apabila mati anak Adam itu maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara – sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak soleh yang mendoakannya.


Justeru sebelum kita pula yang akan kembali kepada Allah, persiapkanlah diri dengan amalan-amalan supaya kita tidak akan menyesal di kemudian nanti…sesungguhnya hidup di dunia hanya sementara…MATI ITU PASTI.



chiks
7/8/2012-selasa
Kluang, Johor d.t.


Saturday, August 4, 2012

.....



...sungguh aku tidak mengerti...sepi itu terus menujah perasaanku...

...tidak dapat ku ungkapkan ia...tetapi ia terlalu pedih untuk diharungi...

...aku masih sepi walaupun kini ia hadir di depan mataku...

...saban hari berlalu hanyalah sepi sebagai peneman...

...hilang sudah tawa riang sewaktu mula bertemu dahulu...lenyap sudah gurau senda...

...apa puncanya aku kurang pasti...mungkin salahku...

...tolonglah jika aku yang bersalah...nyatakanlah supaya aku bisa mengubah laku...

...maaf ku pinta dari mu...andai diri ini menyinggung perasaanmu...

...aku jua manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan...

...andai kehadiranku ini membebankan mu serta mengganggu perjalanan harianmu...

...ku mohon seribu ampun dan maaf sekali lagi...

...berilah aku sedikit masa menumpang di sini...janganlah dikau risau...

...kerna apabila tiba masanya nanti aku akan pergi jua...

...aku doakan agar dirimu sentiasa beroleh bahagia...


chiks
4/8/2012 - Sabtu
Kluang, Johor D.T.

Wednesday, July 25, 2012

Bila di ulit KENANGAN


Kenangan itu satu nostalgia…punyai sentimental value tersendiri…kenangan itu boleh menjadi sesuatu yang terindah dan boleh juga menjadi sesuatu yang sangat menyakitkan…manusia almost hidup dalam bayangan kenangan…kerana kenangan, kita menjadi lebih kuat…hidup dengan lebih sempurna dan kadangkala bisa menjadi pemangkin kepada sesebuah kejayaan…tapi kenangan juga bisa melemahkan…bisa menjatuhkan…bisa merubah seseorang menjadi lebih teruk dari sebelumnya…biar apa pun…kenangan itu sebahagian dari kehidupan…tanpa kenangan apalah ada pada sebuah penghidupan…hanya manusia yang bisa memilih sama ada untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya…kita tidak akan bisa lari dari sebuah KENANGAN.


chiks,
25/7/2012 - rabu
kluang, johor d.t. 

Monday, July 23, 2012

Kerana pulut santan binasa


Situasi
“kau skrgkn dh ade Life Baru…lepas ni dh bizilh dgn aktiviti kau…sape yg nk teman aku lps nie…”

Penyataan yang maybe menyakitkan…terutama the word of ‘Life Baru’ tu sebenarnya bukan baru sangat pun…hidup aku memang dari sekolah sampailah aku masuk U and sekarang ni pun aktiviti tu tetap perkara paling utama dalam hidup aku…dah kira macam darah daging aku la…family aku pun dah masak sangat dengan minat aku tu…sampai leh kata this is my Life…tapi bila tiba-tiba kau ungkap perkataan tu  seolah-olah aku ni macam dah rampas sesuatu dari hidup ko…macam dah tak de masa sangat untuk ko…tapi ko kena ingat BENDA tu yang wujud dulu dalam Life aku…ko wujud pun baru sangat dalam Life aku dan ko dah nak pertikaikan segala aktiviti aku…bukan aku buat perkara yang boleh menjahanamkan hidup aku pun…aku cuma nak bersukan jek…salah ke??? Sape yang tak marah…maybe ko dah lupe kot yang selama ni masa aku habis dengan ko jek…so lepas ni kalo kita dah tak serapat dulu jangan ko salahkan aku…terlajak perahu bisa diundur…terlajak kata ???

Kita hidup kat atas dunia ni kadangkala menyenangkan dan kadangkala menyusahkan orang sekeliling kita…tapi bagi aku yang paling penting adalah redha dari Allah s.w.t…tanpa redha dari Nya hidup kita tak akan tenang…tapi kehidupan sekarang lumrah bila orang sekeliling sibuk menjaga ataupun dalam erti kata lain menyibuk dalam urusan orang lain…sedangkan urusan diri sendiri terbengkalai…kadangkala sahabat yang kita rasakan teman sejati pun masih tidak dapat menerima cara kita…adat hidup manusia yang inginkan orang lain untuk sentiasa berasa di samping dan harus mengikut setiap telunjuknya…kadangkala sampai terabai kehendak diri sendiri kerana terlalu ‘taksub’ dengan orang yang disayangi kononnya…kita boleh mengikut setiap kehendak orang tetapi tanya pada diri kita adakah orang sanggup mengikut setiap kehendak kita pula??? So tepuk dada tanya Iman… 


chiks
23/7/2012-Isnin
Kluang, Johor D.T.

Sunday, July 22, 2012

Sejatikah sebuah persahabatan itu???


Sahabat adalah segalanya bagi setiap manusia di dunia…tanpa sahabat siapalah kita…sahabat sejati hingga ke mati…itulah antara ungkapan yang sering di ucapkan untuk menggambarkan betapa pentingnya sahabat dalam sesebuah kehidupan…itu tidak terkecuali juga bagi aku…tapi xdelah taksub sangat…cuma sahabat itu sebagai penyeri kehidupan…kerana pada aku yang lebih penting adalah keluarga…tanpa keluarga siapalah kita untuk berada di atas bumi tuhan ini…bukan sahabat itu tidak penting tapi kita diharuskan untuk memilih sahabat…wajib ke atas kita untuk memilh sahabat yang boleh menjamin kita di dunia dan di akhirat…memilih sahabat sama seperti memilih makanan…hanya yang terbaik sahaja bukanya semberono…zaman sekarang ini memang sukar dan payah untuk mencari sahabat sejati…sahabat gembira memang mudah tetapi sahabat berduka jarang kita jumpa malah kadangkala tiada langsung…sesetengah sabahat suka menuturkan “jika kau ade masalah cite la kt aku mane taw ade yang aku boleh tolong.”tapi pada aku tidak semua masalah kita boleh berkongsi dengan sahabat…walaupun dialah yang kita gelarkan sahabat karib…bagi aku setiap masalah yang hadir itu adalah ujian Allah kepada hambanya…hanya kita yang dapat menyelesaikan sama ada cepat atau lambat…aku memang tidak bersetuju dengan penyataan kita boleh berkongsi masalah dengan orang yang kita rapat…kerana pada aku setiap keaiban sama ada dari kita atau sesiapa pun harus kita tutup...Cuma kita hanya boleh meminta pendapat sahaja bagaimana jalan terbaik untuk kita selesaikan setiap masalah yang wujud…bukannya mencanangkan kepada orang dengan membuka segala keaiban yang ada…semoga ini menjadi peringatan kepada diriku yang lemah…Amin



chiks
Ahad-22/07/2012
Kluang, Johor D.T

Saturday, October 15, 2011


Luahan hati seorang perindu


Diwaktu hening malam yang suram saat mata-mata terpejam lena di ulit mimpi tapi aku terus di himpit keRINDUan…puas sudah untuk ku cuba memujuk mata ini untuk lena…tapi sia-sia…sungguh aku terlalu meRINDUi dia…tertanya-tanya adakah bahagia dia di sana…sihatkah dia? Ingin ku bertanya khabar tapi lidah ku kelu…inginku taipkan ungkapan RINDU tapi jari jemari ku kaku…argh sampai bila ku harus begini…setiap detik dan setiap masa hanya terbayang akan dia…segala memori bersamanya terbayang-bayang dimata seolah-olah dia ada disisi…aku RINDU tutur sapanya…aku RINDU untuk mendengar bebelan suaranya yang manja…aku RINDU untuk melihat redup wajahnya yang selalu membuatkan aku berasa tenang…mengapa disaat aku ingin melupakan ia terus segar dalam ingatan…mengapa disaat ku ingin membuang ia jauh tetapi ia terus menghantui diriku…pada angin inginku kirimkan salam RINDU semoga kau tahu bahawa aku benar-benar meRINDUimu


I MISS U DAMN MUCH...ALWAYS MISS U



chiks
Sabtu, 15/10/2011
Kluang, Johor D.T.

Wednesday, June 1, 2011

(",)


Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI dari mana kita belajar menjadi IKHLAS

Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD dari mana kita belajar untuk BERSABAR

Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN bagaimana kita dapat belajar untuk BERIKHTIAR

Jika hidup kita selalu BAHAGIA bagaimana kita dapat mengenali Allah dengan lebih DEKAT

YAKINLAH dan PERCAYALAH segala ketentuanNya adalah yang TERBAIK untuk kita

~Amin~



chiks
01/06/2011-Rabu
Kluang, Johor D.T.

Friday, May 27, 2011

Mimpi


Setiap manusia pasti melalui mimpi...tidak kiralah sama ada mimpi yang baik ataupun buruk…mimpi juga dikatakan sebagai mainan tidur…menurut orang-orang dahulukala setiap mimpi memberikan petunjuk atau alamat yang tertentu…sebenarnya aku tak berapa nak percaya benda-benda ini…hahahaha…tapi mungkin ada sebab orang-orang tua dahulukala perfikiran sebegitu kerana setiap kejadian yang berlaku ada sebab yang tersendiri…cuma kadang-kadang kita perasan atau tidak…ok la berbalik kepada cerita di atas sebenarnya semalam aku mimpi jumpa ular...bukan satu atau dua tapi banyak…gerun gak la bila tengok ular-ular yang banyak...geli pun ada…huhuhu

Menurut orang-orang tua jika kita bermimpi jumpa ular atau itu tandanya jodah kita dah semakin hampir…apa benar???

MIMPI = ULAR = KAHWIN

ouh men i don't believe it…hahahaha…untuk mengelakkan kegusaran dalam hati aku pun terus menggoogle pasal makna tafsiran mimpi…daripada hasil yang aku dapati adalah seperti berikut:
1.      Jika anda seorang jejakan atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh.
2.      Bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup.
3.      Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda.
4.      Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda.
5.      Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur.
6.      Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

Wah biar betul!!! Maknanya salahlah tafsiran aku…hahahaha

Walaupun berbagai jawapan yang diberikan aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada asbabnya…sama juga seperti mimpi kerana kadangkala ia juga sebagai satu peringatan supaya kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan apa yang kita lakukan setiap hari…antara sedar atau tidak mimpi juga sebenarnya boleh menjadi petunjuk serta jalan penyelesaian terhadap kehidupan seharian kita…Sesungguhnya yang baik itu semuanya datang dari ALLAH S.W.T. dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri…Sekian, wassalam.



chiks
27/05/2011-Kluang
Johor D.T.

Tuesday, May 24, 2011

~ Ada Masa ~


Ada MAsa Kita Perlu Menangis agar Kita Tahu Dunia Ini Bukan Hanya Untuk KEtawa...

Ada Masa Kita Perlu ketawa Agar Kita Tahu BEtapa Bernilainya Setitis Airmata...

Ada Masa Kita Perlu Ada Seorang Teman Agar KIta Tidak Kesunyian...

Dan 

Ada Masa Kesunyian MeMbuat Kita TIdak Akan Lupa Betapa Bernilainya SEORANG TEMAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR SEBAGAI TEMAN DALAM HIDUP SAYA...WALAUPUN SAYA BUKAN TEMAN YANG TERBAIK...TETAPI SAYA AKAN CUBA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK...SEKALI BERKAWAN SELAMANYA TETAP BERKAWAN

Friday, April 15, 2011


Hanya Kau Yang Aku Sayangi


Mengapa hanya sepi yang terus berbicara saat kita bersama

Mengapa tiada kata yang terungkap saat kita bertemu

Mengapa hanya sunyi  yang menemani tiap saat pertemuan

Mengapa sentiasa wujud api cemburu tika terdengar perbualan

Mengapa mudah terasa hati dengan setiap ungkapan perkataan

Mengapa senang untuk merasa bersalah atas setiap perlakuan atau perbuatan

Mengapa juga harus lahir rasa terkilan dengan setiap butir kata ungkapan

Mengapa jasad ini di rasakan seolah-olah tidak wujud

Adakah telah merasa bosan terhadap kehadiran diri ini

Adakah sudah tiada sinar lagi dalam persahabatan ini

Jika itulah pengakhirannya dan jika itu jualah penyelesaiannya akan ku undurkan diri ini

Andai itu yang akan memberikan kebahagiaan ku rela pergi untuk selamanya

Segala kenangan manis bersamamu akan ku abadikan mekar di dalam ingatan hingga ke akhir hayat

Kerna hanya kau yang aku sayangi dan akan terus menyayangimu selamanya selagi nyawa di kandung badan