Wednesday, December 15, 2010

Kadangkala


Adakalanya dalam kehidupan ini manusia selalu terkeliru dengan situasi yang mereka sering alami.

Kadangkala kasih dan sayang yang hadir antara dua pertemuan menyebabkan perhubungan boleh menjadi terlalu erat.

Mudah untuk memberikan pengharapan kepada mereka yang dikasihi...tetapi sukar pula untuk mengekalkannya.

Benarlah seperti ungkapan “perkenalan yang tiba-tiba boleh juga menjadi perpisahan secara tiba-tiba”.

Jadi apa lagi yang boleh kita lakukan...orang dah x suka kita takkan lah kita nak terhegeh-hegehkn. 

Pernah seorang sahabat memberitahu sekiranya jika kita asyik sibuk bertanyakan khabar seseorang tetapi tidak dibalas...mengapa kita harus terus menerus berbuat demikian...entah-entah orang tu pun dah tak ingat kat kita...kenapa kita mesti nak ingat kat orang yang dah tak ingat pada kita.

Benar seperti apa yang dikatakan...tetapi sebagai insan yang lemah...mana mungkin kita boleh melupakan seseorang yang kita pernah sayangi dan kasihi.

Bagaimana perlu berhadapan dengan kehidupan seharian jika semuanya terselit sejuta kenangan bersamanya.

Bagaimana lagi kehidupan hendak diteruskan jika kenangan bersamanya terus mekar di ingatan setiap masa.

Bagaimana hidup ini hendak diteruskan.

Bagaimana..bagaimana dan bagaimana..arghh buntu...terlalu buntu untuk difikirkan. 





chiks
15/12/2010-rabu
Kluang, Johor D.T.

No comments: