Monday, February 28, 2011

Suratan Hidup Insan

sebenarnya x tahu nak tulis pe malam ni...tapi aku try gak untuk menulis

okey hari ini 28/02/2011 sekitar jam 7 pagi satu kejadian yg agak menyayat hati telah berlaku di jalan menuju ke UUM (simpang ke EDC) iaitu kemalangan yag melibatkan 3 nyawa kembali kepada yang Maha Esa...walaupun mereka non muslim tapi terdetik jua perasaan sedih, kasihan dan sayu di hati ini...sesungguhnya apabila sudah tiba ajal seseorang itu x kiralah siapa pun mereka pasti tiada yang bisa menghalang ia daripada berlaku...tersentap juga r aku apabila mendgr berita tersebut daripada seorang staf pusat sukan pg tadi...mengucap panjang aku...syukur pada Ilahi krn masih memberi peluang kepada hambaNya yg kerdil ini untuk terus bernafas di atas bumiNya yg indah dan permai ini...

walaupun ini sudah suratan kehidupan tapi kita sebagai hambaNya harus sedar dan tidak harus leka dengan duniawi semata-mata...seharusnya dalam setiap saat yang Allah berikan haruslah di selitkan jua dengan makanan rohani supaya apabila kita di panggil untuk bertemuNya nanti kita sudah bersedia...ini adalah peringatan kepada saya dan juga sahabat-sahabat saya di luar sana...sesungguhnya kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita...setiap saat yang berlalu bermakna semakin bertambah umur kita dan juga semakin hampir kita dengan kematian...diharapkan kita semua akan lebih bersedia menanti saat itu tiba...janganlah nanti kita sudah terhantuk baru nak mengadah...kerana penyesalan di kemudian hari mungkin tidak bermakna lagi...




chiks
28/02/2011-Isnin
Sintok, Kedah D.A.

No comments: