Friday, May 27, 2011

Mimpi


Setiap manusia pasti melalui mimpi...tidak kiralah sama ada mimpi yang baik ataupun buruk…mimpi juga dikatakan sebagai mainan tidur…menurut orang-orang dahulukala setiap mimpi memberikan petunjuk atau alamat yang tertentu…sebenarnya aku tak berapa nak percaya benda-benda ini…hahahaha…tapi mungkin ada sebab orang-orang tua dahulukala perfikiran sebegitu kerana setiap kejadian yang berlaku ada sebab yang tersendiri…cuma kadang-kadang kita perasan atau tidak…ok la berbalik kepada cerita di atas sebenarnya semalam aku mimpi jumpa ular...bukan satu atau dua tapi banyak…gerun gak la bila tengok ular-ular yang banyak...geli pun ada…huhuhu

Menurut orang-orang tua jika kita bermimpi jumpa ular atau itu tandanya jodah kita dah semakin hampir…apa benar???

MIMPI = ULAR = KAHWIN

ouh men i don't believe it…hahahaha…untuk mengelakkan kegusaran dalam hati aku pun terus menggoogle pasal makna tafsiran mimpi…daripada hasil yang aku dapati adalah seperti berikut:
1.      Jika anda seorang jejakan atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh.
2.      Bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup.
3.      Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda.
4.      Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda.
5.      Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur.
6.      Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

Wah biar betul!!! Maknanya salahlah tafsiran aku…hahahaha

Walaupun berbagai jawapan yang diberikan aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada asbabnya…sama juga seperti mimpi kerana kadangkala ia juga sebagai satu peringatan supaya kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan apa yang kita lakukan setiap hari…antara sedar atau tidak mimpi juga sebenarnya boleh menjadi petunjuk serta jalan penyelesaian terhadap kehidupan seharian kita…Sesungguhnya yang baik itu semuanya datang dari ALLAH S.W.T. dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri…Sekian, wassalam.



chiks
27/05/2011-Kluang
Johor D.T.

No comments: