Sunday, September 19, 2010

GURINDAM JIWA INSANI


tiada kata seindah bahasa...tiada kenangan tanpa persahabatan

ungkapan yang mempunyai seribu makna..tanpa persahabatan takkan lahir kenangan..tanpa kenangan juga takkan lahir memori..dan tanpa memori juga takkan lahir sejarah penghidupan insan.

itulah manusia..dilahirkan untuk gembira dan berduka..adakala apabila kita gembira kita lupa dengan apa yang ada di sekeliling kita..seolah-olah dunia ini hanya kita yang punya..sentiasa berimaginasi bahawa akulah insan yang sangat bertuah di dunia ini.. aku punya segalanya..kebahagiaan milikku selamanya..tetapi kita lupa bahawa kegembiraan yang hadir secara tiba-tiba itu boleh pergi juga dengan tiba-tiba tanpa kita sedari.. ketika itulah baru kita menyedari bahawa langit tak selalunya cerah dan pelangi itu akan pudar juga warnanya..barulah kita tersedar dari fantasi mimpi rekaan dunia..dan barulah kita terfikir mengenai realiti kehidupan manusia..barulah merasakan diri ini berpijak di bumi yang nyata..menyesal pun tidak berguna..apabila nasi sudah menjadi bubur..di ratapi sekalipun ia takkan kembali..seperti bunga yang layu ia takkan mekar mewangi kembali..apa lagi yang bisa dilakukan..kehidupan harus di teruskan jua..kebahagiaan itu walau hadirnya seketika namun ia akan terus bersemadi selagi hayat di kandung badan..aku doakan agar kau bahagia di sana..

No comments: