Sunday, July 22, 2012

Sejatikah sebuah persahabatan itu???


Sahabat adalah segalanya bagi setiap manusia di dunia…tanpa sahabat siapalah kita…sahabat sejati hingga ke mati…itulah antara ungkapan yang sering di ucapkan untuk menggambarkan betapa pentingnya sahabat dalam sesebuah kehidupan…itu tidak terkecuali juga bagi aku…tapi xdelah taksub sangat…cuma sahabat itu sebagai penyeri kehidupan…kerana pada aku yang lebih penting adalah keluarga…tanpa keluarga siapalah kita untuk berada di atas bumi tuhan ini…bukan sahabat itu tidak penting tapi kita diharuskan untuk memilih sahabat…wajib ke atas kita untuk memilh sahabat yang boleh menjamin kita di dunia dan di akhirat…memilih sahabat sama seperti memilih makanan…hanya yang terbaik sahaja bukanya semberono…zaman sekarang ini memang sukar dan payah untuk mencari sahabat sejati…sahabat gembira memang mudah tetapi sahabat berduka jarang kita jumpa malah kadangkala tiada langsung…sesetengah sabahat suka menuturkan “jika kau ade masalah cite la kt aku mane taw ade yang aku boleh tolong.”tapi pada aku tidak semua masalah kita boleh berkongsi dengan sahabat…walaupun dialah yang kita gelarkan sahabat karib…bagi aku setiap masalah yang hadir itu adalah ujian Allah kepada hambanya…hanya kita yang dapat menyelesaikan sama ada cepat atau lambat…aku memang tidak bersetuju dengan penyataan kita boleh berkongsi masalah dengan orang yang kita rapat…kerana pada aku setiap keaiban sama ada dari kita atau sesiapa pun harus kita tutup...Cuma kita hanya boleh meminta pendapat sahaja bagaimana jalan terbaik untuk kita selesaikan setiap masalah yang wujud…bukannya mencanangkan kepada orang dengan membuka segala keaiban yang ada…semoga ini menjadi peringatan kepada diriku yang lemah…Amin



chiks
Ahad-22/07/2012
Kluang, Johor D.T

No comments: