Monday, July 23, 2012

Kerana pulut santan binasa


Situasi
“kau skrgkn dh ade Life Baru…lepas ni dh bizilh dgn aktiviti kau…sape yg nk teman aku lps nie…”

Penyataan yang maybe menyakitkan…terutama the word of ‘Life Baru’ tu sebenarnya bukan baru sangat pun…hidup aku memang dari sekolah sampailah aku masuk U and sekarang ni pun aktiviti tu tetap perkara paling utama dalam hidup aku…dah kira macam darah daging aku la…family aku pun dah masak sangat dengan minat aku tu…sampai leh kata this is my Life…tapi bila tiba-tiba kau ungkap perkataan tu  seolah-olah aku ni macam dah rampas sesuatu dari hidup ko…macam dah tak de masa sangat untuk ko…tapi ko kena ingat BENDA tu yang wujud dulu dalam Life aku…ko wujud pun baru sangat dalam Life aku dan ko dah nak pertikaikan segala aktiviti aku…bukan aku buat perkara yang boleh menjahanamkan hidup aku pun…aku cuma nak bersukan jek…salah ke??? Sape yang tak marah…maybe ko dah lupe kot yang selama ni masa aku habis dengan ko jek…so lepas ni kalo kita dah tak serapat dulu jangan ko salahkan aku…terlajak perahu bisa diundur…terlajak kata ???

Kita hidup kat atas dunia ni kadangkala menyenangkan dan kadangkala menyusahkan orang sekeliling kita…tapi bagi aku yang paling penting adalah redha dari Allah s.w.t…tanpa redha dari Nya hidup kita tak akan tenang…tapi kehidupan sekarang lumrah bila orang sekeliling sibuk menjaga ataupun dalam erti kata lain menyibuk dalam urusan orang lain…sedangkan urusan diri sendiri terbengkalai…kadangkala sahabat yang kita rasakan teman sejati pun masih tidak dapat menerima cara kita…adat hidup manusia yang inginkan orang lain untuk sentiasa berasa di samping dan harus mengikut setiap telunjuknya…kadangkala sampai terabai kehendak diri sendiri kerana terlalu ‘taksub’ dengan orang yang disayangi kononnya…kita boleh mengikut setiap kehendak orang tetapi tanya pada diri kita adakah orang sanggup mengikut setiap kehendak kita pula??? So tepuk dada tanya Iman… 


chiks
23/7/2012-Isnin
Kluang, Johor D.T.

No comments: